Wednesday 11 May 2016

Books Amino app yang cool


Hi fellow bibliophiles,

Baru-baru ni, saya telah memuat turun aplikasi yang khusus untuk penggemar buku seluruh dunia iaitu Books Amino. Books Amino ni ialah seperti gabungan media sosial Instagram, Tumblr, Twitter, Pinterest, Google + dan blog yang mana pengguna boleh update dan kongsi gambar atau post atau status berkaitan buku, berinteraksi dengan pengguna-pengguna lain di seluruh dunia melalui public chat, baca review atau rating buku, fangirling tentang watak-watak kegemaran, kongsi gambar buku kegemaran atau rak buku di rumah dan banyak lagi ikut suka koranglah. Pengguna boleh sign up menggunakan email ataupun akaun Facebook dan boleh terus menjelajah komuniti buku online ni. Buku-buku yang menjadi discussion popular dalam app ni kebanyakannya ialah buku-buku English tapi kalau orang Malaysia ramai-ramai join app ni, boleh juga buat komuniti pembaca buku-buku Malaysia di sini. Boleh download di Google Play atau App store secara percuma.

Marilah sama-sama memartabatkan budaya membaca di Malaysia terutamanya. 

Pengguna boleh kongsi status, gambar atau kegemaran masing-masing tentang buku atau aktiviti berkaitan buku dan boleh komen atau Like status pengguna lain.


Login ke akaun Books Amino

Cari kawan baru penggemar buku dan chat

Berkongsi atau post apa-apa status di blog Books Amino yang nampak seperti instagram yang cool

Boleh cari kawan dari seluruh dunia




No comments:

Post a Comment